1.Untuk membantu Usahawan Ramadhan atau lebih dikenali sebagai Usahawan Bermusim untuk mendapatkan bekalan terus dari pengeluar tanpa orang tengah.
2.Menjadikan Karnival Jualan Borong Usahawan Ramadhan sebuah pusat pengumpulan bersepadu pelbagai produk usahawan Bumiputera seluruh Negara disamping menarik minat ramai peniaga tempatan serta pengguna/pembeli.
3.Membuka ruang dan peluang perniagaan yang meluas kepada peniaga bermusim untuk menukar haluan menjadi peniaga /usahawan di luar musim perayaan.
4.Menjadi medan pertemuan antara pembeli dan penjual; pembekal dan pengeluar; pengedar dan peruncit – jalinan usahawan yang bersepadu.
5.Mempertingkatkan daya saing produk keluaran usahawan tempatan melalui pendedahan dan persaingan sihat di antara usahawan
Harapan PenganjurMelalui program Karnival Jualan Borong Usahawan Ramadhan 1429H ini, pihak penganjur mengharapkan para usahawan memperolehi pelbagai manfaat dan faedah seperti berikut:
-Peluang untuk mewujudkan jaringan pasaran dengan rantaian pembeli perdagangan, pengedar, pengguna dan usahawan lain;
-Peluang untuk mempromosikan produk/perkhidmatan kepada pembeli perdagangan yang terdiri daripada hypermarket, supermarket, pemborong, peruncit, pengeksport serta pembeli daripada badan swasta;
-Meningkatkan jumlah jualan tunai dan kontrak usahawan –usahawan yang terlibat khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
KOMPONEN KARNIVALKATEGORI GERAI JUALAN
Sebanyak 2,000 unit gerai yang terdiri daripada peruncit, pengeluar, pemborong dan pengilang dalam pelbagai industri seperti:
*Bahan Makanan (kering dan basah) – Tin dan Botol,Bawang, Cili, Sayur-Sayuran dan lain-lain
*Kosmetik, Herba dan Penjagaan Diri
*Hiasan Dalaman
*Pakaian- Baju Melayu, Baju Kurung , Songkok dan lain-lain
*Perabot dan Peralatan Rumah
*Elektrik dan Elektronik
*Kraftangan – Bakul, Tikar, Pasu dan lain-lain
*Kuih Tradisional
*Landskap dan taman
*Cenderamata
KEMUDAHAN AWAM
-Stesen LRT Bukit Jalil
-Tempat letak kereta
-Surau
-Tandas bergerak
-Pavilion untuk usahawan yang menyediakan perkhidmatan jualan makanan dan minuman
-Pavilion untuk promosi khas
-Kafeteria
AKTIVITI-AKTIVITI
-Sempena Hari Kemerdekaan
-Kejohanan Futsal Merdeka
-Persembahan Artis/Kebudayaan
-Pertandingan Karaoke
-Pertandingan mewarna/Melukis
-Jualan Borong Termurah
-Clown, Stilt-Walker & Fire Eater
-Sand Art & Henna Tattoo
-Aktiviti Kanak-Kanak
-Sempena Bulan Ramadhan
-Majlis Berbuka Puasa
-Forum Perdana
-Sembahyang Terawih
-Tadarus Al-Quran
-Majlis Khatam Al-Quran
-Demonstrasi - Gubahan dan Kuih Muih
-Aktiviti Kanak-Kanak
-Aktiviti Sosial – Dodol, Bubur Lambak
layari http://www.karnivaljualanborong.com/ untuk maklumat lanjut.
PETA KARNIVAL
http://www.karnivaljualanborong.com/
No comments:
Post a Comment