PROGRAM PERINTIS USAHAWAN
MyStall™ dimiliki oleh Ezine Enterprise & My Stall Network menawarkan peluang perniagaan berkonsepkan gerai mudah alih dan gerai tetap kepada mereka yang berminat. Produk utama MyStall™ merupakan produk burger terbaru keluaran bumiputera iaitu oblong burger dan patty burger. Pihak kami akan membahagikan kawasan mengikut zon dimana peniaga tersebut akan diselia oleh wakil MyStall™ Team. Pihak kami mensasarkan dalam tempoh dua tahun wakil MyStall™ Team akan mampu diserap ke Program Mentor-Mentee MyStall™ sekaligus memantap dan mengukuhkan rangkaian MyStall™. Program ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada syarikat pengeluar oblong burger dan patty burger, Seleraku Trading. Selain itu, program ini telah mula mendapat perhatian dan sokongan daripada Cawangan Pembangunan Ekonomi, Bah. Pembangunan Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Bah. Pembangunan Usahawan SME Bank Kuala Lumpur, Bah. Pembangunan Usahawan Yayasan Tekun Malaysia, Bah. Pembangunan Usahawan MARA Kuala Lumpur dan terpilih antara 20 idea perniagaan terbaik bagi pertandingan NESCAFÉ® KICK-START™ Entrepreneur Edition.
OBJEKTIF PROGRAM
MyStall ditubuhkan bagi mewujudkan usahawan berskala kecil dan sederhana terutamanya dalam bidang makanan segera seperti burger. Selain itu MyStall juga dapat menggalakkan golongan belia muda terlibat dalam bidang keusahawanan dan dapat mengelakkan mereka daripada masalah sosial. MyStall juga dapat dijadikan sandaran agar industri makanan jalanan dapat diangkat martabat menjadi satu jenama makanan segera setanding jenama lain seperti Otai Burger, KFC dan Mc Donald's. Ini secara tidak langsung dapat mewujudkan peluang perkerjaan dan perniagaan yang baru kepada belia dan siswazah yang masih menggangur serta pilihan kepada golongan pekerja yang diberhentikan
SASARAN kami...
MyStall mensasarkan usahawan baru yang berminat atau lepasan universiti yang masih mencari peluang perniagaan dan pekerjaan. Pekerja atau pesara kerajaan/swasta dan peniaga sedia ada yang ingin menambahkan pendapatan mereka juga amat dialu-alukan. MyStall juga mensasarkan pembekal, koperasi, badan NGO dan agensi lain yang berminat membekalkan produk mereka ataupun melaburkan modal
PERKHIDMATAN kami...
•Menyediakan pusat latihan usahawan MyStall.
•Membuat dan membekal gerai serta peralatan memasak.
•Membekal dan mengedar produk sejuk beku.
•Menguruskan lokasi dan lesen perniagaan.
•Khidmat nasihat perniagaan selama 2 tahun.
•Kawalan kualiti dan perkhidmatan.
•Pengurusan modal ( agensi terlibat).