Salam,
Alhamdulillah,syukur dengan izin Allah s.w.t perniagaan kami semakin menampakkan hasilnya. Walaupun kemampuan kami hanya sekadar cukup makan tetapi kami tetap berbangga, berbangga kerana usaha kami sekeluarga mula memberi impak yang baik. Dalam tempoh beberapa minggu yang lalu, saya mewakili Ezine telah mengadakan beberapa pertemuan perniagaan antaranya dengan Pengurus Mama Chop Papa Grill di Ipoh, En.Tarmizi menyatakan minat dengan Oblong. Menurut kata beliau, Oblong satu produk yang istimewa dan perlu disediakan secara istimewa supaya pelanggan berpuas hati menikmati hidangan seistimewa itu. Saya meninggalkan En.Tarmizi dengan belian percubaan dan mula menyusun langkah seterusnya. Kepada mereka yang berhampiran restoran tersebut, nikmatilah Oblong Istimewa @ hubungi En.Tarmizi 012-5062252, mungkin juga boleh ditempah untuk mesyuarat anda!!!
Oblong di Pasar Tani? Ya, Pn.Hasmah telah memulakan langkah beliau dengan jayanya. Walaupun kami mengalami sedikit kesulitan dalam proses penghantaran tetapi akhirnya semua berjalan dengan lancar. Untuk pengetahuan rakan-rakan, Pn.Hasmah menjalankan perniagaan di beberapa kawasan Pasar Tani antaranya Kinrara Puchong, Shah Alam, Kelana Jaya dan di dalam proses di Putrajaya. Terima kasih kami ucapkan kepada beliau kerana memberi platform kepada Oblong untuk terus di kenali dan di nikmati. Anda boleh menghubungi beliau di talian 019-6360960 untuk menikmati Oblong ya.
"My Stall" di tempat anda???
No comments:
Post a Comment