Sunday, June 22, 2008

RAKAN NIAGA terbaru...

Salam,

Oblong makin mendapat tempat dikalangan pengemar burger. Itulah yang boleh kami katakan berikutan sambutan yang semakin meningkat sejak blog ini diwujudkan. Rata-rata pembeli merasa keinginan untuk mencuba kenikmatan Oblong walaupun tidak semua dapat kami penuhi. Walaubagaimanapun, kami selaku pengedar utama Oblong akan berusaha supaya pasaran Oblong akan terus berkembang ke seluruh negara. Di Perak, kami berjaya menambah satu lagi stall yang berani menjual Oblong. Saya berkata demikian kerana lemas dengan kurangnya keyakinan peniaga-peniaga terhadap produk baru. Ianya realiti dan mungkin akan terus membataskan kejayaan seorang peniaga. Terima kasih kepada En.Edy, peniaga burger di Pusing,Perak kerana memilih Oblong. Mereka yang berdekatan kawasan tersebut boleh hubungi En.Edy di 017-3641834 untuk merasai kelazatan Oblong.

Oblong di Pantai Timur Malaysia? Ya, sasaran kami untuk mendapatkan pengedar bagi negeri Pantai Timur akhirnya berjaya. En.Iswan, tauke I Maju Frozen di Terengganu membuat tempahan pertama 2kotak tetapi belum pun 8jam Oblong di Terengganu beliau memesan tambahan 5kotak, nyata sekali Oblong diterima ramai. Mereka di Terengganu boleh menghubungi En.Iswan 019-9335033 untuk maklumat berkaitan Oblong. Terima kasih En.Iswan kerana yakin dengan produk kami. Kini, kami mensasarkan beberapa lagi daerah dan negeri untuk Oblong menyerang dan terus menyerang. Nantikan!

No comments:

IKLAN PERCUMA DISINI