Semalam,PM mengumumkan kenaikan harga minyak dan tarif elektrik. Ianya memberi kejutan kepada rakyat yang beranggapan kenaikan akan berkuatkuasa selepas BAJET 2009 tetapi sebaliknya yang berlaku. Kenaikan ini jelas memberi tekanan kepada golongan peniaga kecil seperti kami tetapi memberi keuntungan kepada 'big player' dalam perniagaan semasa. Kos penghantaran kini pasti akan meningkat dan harga barang-barang juga akan meningkat kerana peranan yang dimainkan oleh golongan 'big player' ini cukup besar. Mereka akan cuba mendapat keuntungan selagi yang boleh tanpa memikirkan kesan kepada pengguna. Kerajaan tidak akan dapat menghalang golongan ini tetapi tetap menjadi harapan supaya ada campur tangan yang membolehkan situasi 'win-win'. Kami peniaga kecil amat memerlukan bantuan daripada kerajaan untuk terus berniaga tanpa dimanipulasi oleh tekanan daripada 'big player'.
*big player = pembekal barangan terbesar cth.ayam,daging.
*big player = pembekal barangan terbesar cth.ayam,daging.
No comments:
Post a Comment