Tuesday, May 27, 2008

Pasaran baru tanpa saingan???

Berjumpa lagi ye...saya hanya ingin memberi ruang buat mereka-mereka yang mempunyai minat mahupun kepada mereka yang telah menceburi bidang usahawan untuk berfikir. Di blog ini, dengan jelas satu produk burger yang masih baru dipasaran dan ianya menuntut satu usaha yang besar untuk mempromosi produk ini. Ada dikalangan usahawan yang sedikit takut untuk mencuba produk ini hanya kerana harga, dan ada juga kerana jenamanya yang masih baru. Tetapi sedarlah, burger Ramly juga melalui detik-detik sukar sebegini dahulu sehingga kini produk mereka amat berjaya sekali. Satu Malaysia tahu Ramly Burger! Perkara ini juga akan terjadi kepada Oblong Sempoi, saya amat yakin dengan usaha tanpa jemu akan membuahkan hasil yang amat membanggakan.Kepada mereka yang ingin berniaga, sikap ME-LAYU itu perlu diubah. Jangan takut dengan risiko kerana kita mampu mengurangkan risiko dengan USAHA bersungguh-sungguh. Kita akan ketinggalan kerana melakukan perkara yang sepatutnya sudah dilakukan sekarang pada masa 10 tahun akan datang. Fikirlah, buang sikap-sikap yang membataskan kejayaan kita. Anda mampu BERJAYA!

1 comment:

Anonymous said...

Salam.
Betul tu bro... Tapi kita melayu ni ada rintangannya pabila kita ni buka stall tepi jalan, banyak kerenahnya dengan pihak majlis.. Itu tak boleh ini tak boleh.. Macam2 hal.. Paham2 ajela melayu ni bukan semuanya berduit..

IKLAN PERCUMA DISINI